Monday, 20 January 2014

Satu Janji



Review Novel: Satu Janji / Ramlee Awang Murshid

Synopsis:

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

 
Andaian melalui synopsis:
Bila aku tgk ja buku ni..aku terfikir apa yg dia janji? Tgk cara macam cinta2 ja.. aku letak semula.. bila aku baca ja synopsis  aku ingatkan adelia ada pekaitan (dalang ) dgn kes pembunuhan ayh luqman.. mungkin adelia ni ada demdam dgn keluarga Abdullah atau jadi mangsa keadaan yg memaksa dia membunuh.. di sini aku berangapan adelia xsuka luqman kerna mempunyai demdam dgn dato Abdullah dan akhirnya adelia berkorban demi cinta untuk luqman.. mesti ada byk kesedihan n halangan.. selepas aku berteka teki seorang diri  akhirnya aku baca SATU JANJI..

PROLOG: menujuk suasana kesedihan di tanah perkuburan di kundasang sabah dengan mennyatakan wataK LUKMAn telah meningal dunia..  di sini menampilkan watak Agus n Noraziah..aishhh sapa la depa ni? ..mugkin ayh LUkman watak utama n adik atau istri Lukman?.. kat synopsis xda pun watak Agus n Noraziah ni.. lukman mati ka nanti?


Komen aku:
Cerita bermula dengan  detik cemas luqman menungu ayhnya balik mkn.. melalui pangilan telefon antara lukman  dgn Datuk Abdullah (ayh angkat lukman) ada sesuatu yng membimbang  ayahnya berkenaan urusan perniagaan.. ayahnya janji akn menceritakn kepada Luqman ketika mkn nanti.. tapi malangnya.. Luqman menerima pangilan telefon dari pihak polis bahawa ayahnya ditembak n telah meningal dunia. Slpas kematian Datuk Abdullah, luqman menggalas tanggungjawab di pejabat bagi menggantikan ayahnya. Dalam kes pembunuhan Datuk Abdullah, Khalid disyaki oleh pihak polis kerana pada malam kejadian Khalid bertengkar dengan Datuk Abdullah. Khalid seorang yg amat tidak disenangi oleh staff bawahan  dan sering bertegang pendapat dgn Datuk Abdullah.

Cerita diteruskan dengan menceritakn watak Adelia Mustapha yang merupakn pengusaha restoran.. Adelia seorang siswazah yang mengorbankan ijazah untuk meneruskan perniagaan restoran familinya. Adelia.. mempunyai mak ayah yg sudah uzur n seoarang adik perempaun yang baru grad.. di restoran terdapat seorang lelaki yg bernama Kadir berasal dari Kelantan yang amat dipercayai keluarga Adelia untuk menguruskan urusan pembayaran ansuran  restoran mereka.tetapi kepercayaan Adelia tercabar apabila dia mendapat surat dari bank yg menyatakan ansuran tidak dijelaskan selama 3bulan.. tidak seperti yang Kadir bagitau kepadanya.

Ketika Luqman pergi melawat rumah anak yatim dia jatuh cinta pada Adelia Mustapha saat memandangnya. Luqman merisik berkenaan dengan Adelia memlaui penyelia di rumah anak yatim tersebut.. Seterusnya pertemuan di restoran milik keluarga Adelia membuatkan dia belajar cara menebar roti canai daripada Kadir dan dia menyamar sebagai penebar roti canai untuk menghampiri Adelia. Segalanya dirancang dengan kadir demi misi meburu cinta Adelia..Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya kerana dirinya, bukan pada harta bendanya. Malangnya, usaha untuk memikat Adelia sukar kerana Adelia sudah punya pilihan hati, tetapi kerana keterlanjuran janji Adelia pada keluarga " mana-mana lelaki yang masuk meminangnya dahulu itulah calon suaminya", membuatkan pinangan Luqman terpaksa diterima Adelia tanpa rela.

Kasih dan cinta yang Luqman beri pada isterinya itu, rupa-rupanya menjadi racun di hati Adelia. Dia tidak dapat menerima Luqman malah membenci suaminya. Segalanya berubah sama sekali selepas mereka berkahwin.. Layanan Adelia terhadap Luqman jauh berbeza sejak mereka mengikat tali pertunangann lagi.. Luqman mendapat sokongan  dan nasihat dari ayah n mak Adelia supaya bersabar dengan perangai Adelia..Namun, janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Janji luqman bukan satu tapi banyak.. (nak tau sila baca)

Kes pembunuhan Datuk Abdullah diteruskan.. suspek buat masa ni adalah Khalid.. penyiasatan ini dikaitkan dengan kes pelacuran yang melibatkan watak laila yang jadi mangsa keadaan. Dalam menangani kes pelacuran ni byk nyawa terkorban. Adelia juga hampir terbunuh kerna secara tidak sengaja menjadi mangsa penculikan sindikit pelacuran itu. Berbagai cara yang digunakan oleh Luqman untuk menyelamatkan isteri kesayangan itu walaupun dia tahu kehadirannya di sisi Adelia bakal menambahkan lagi derita di hati Adelia. Disinilah, penculikan Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai. Akhirnya, selepas insiden ini Adelia mula jatuh hati pada Luqman. Namun, Luqman menyepikan diri kerana janji yang dibuat dengan Adelia. Adelia mula rasa bersalah.

Dikala mencari luqman, segala janji yang disematkan di hati lukman akhirnya diketahui juga.. dan terungkai satu demi satu.. siapa n bagaimana perjalanan untuk merungkai segala janji lukman n dimana lukman bersembunyi.. sila baca sendri.. penuh debaran, penuh konflik percintaan... susah sunguh bercinta..

selamat membaca...

No comments:

Post a Comment