Assalamualaikum....
TIME TO PICNIC...
Ini perancangan mengejut.. dengan masing-masing tak bergaji .. poket pula hampir kering..huu.. tapi hati ingin keluar bersuka ria... asyik nak jalan ja..
ni
OTOKE group punya hal.. wasap punya wasap tersembul nak p piknik..
mula-mula nk p pantai.. tapi baru ja balik dari langkawi. kulit burn pun belum lagi pulih. jadi kami
pilih sedim . teduh n byk pokok..
![]() |
| Sila bayar RM3 untuk masuk |
Sedim
ni terletak di Kulim,Kedah. ceruk-ceruk kampung. nak p sana pun kena lalu jalan
kampung. aku pun tak tau sangat. mujur member aku wani ni pro bab- bab jalan
ni. p mana dengan dia senang sikit. semua ceruk dia tau. kadang2 guna gak
google maps. tapi google maps pun tak boleh percaya sangat. selalu bagi
sesat. hihi. sebelum terlupa masuk RM3 untuk kereta n van.. kalau motor RM2 kot
Ni serba sedikit info pasal Sedim.

Nama sebenarnya ialah Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas. Macam-macam pokok hutan ada seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor. Baru aku tau, Kulim tu nama pokok. Air Sungai Sedim cukup deras, panjang nya 15km ada beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Ada 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh. Jangan buat tak tau pula kat sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.
PENTING>>> SINI BEBAS KENCING TIKUS.. airnya deras & sentiasa mengalir.. tiada kes kencing tikus di sini.
Kemudahan:
-Dewan
-Surau
-Tandas
-Tempat Penginapan/Chalet.
Aktviti :
-Mandi manda
-Berkelah
-Kem Motivasi
-'Teambuilding'
-'Summer camp'
-'Water Rafting'
-'Rock Climbing'
-'Jungle Tracking'
-'Flying Fox'
-'River Cross'
-'Treasure hunt'
-'Jungle Walk'
-'Abseiling'
-Dewan
-Surau
-Tandas
-Tempat Penginapan/Chalet.
Aktviti :
-Mandi manda
-Berkelah
-Kem Motivasi
-'Teambuilding'
-'Summer camp'
-'Water Rafting'
-'Rock Climbing'
-'Jungle Tracking'
-'Flying Fox'
-'River Cross'
-'Treasure hunt'
-'Jungle Walk'
-'Abseiling'
Cerita kelah pula. untuk perkelahan ni kami bawa
barang sendri semua. Nak bbq. Wani sponsor. aku sponsor air gula, cordial n
kentang saja. kami bawa, ayam, sosej ayam n daging terung kentang air gula,
cordial sarsi. terung ni kutip umah wani ja. ayam tu kami perap siap2 semalam
sebelum kelah..
Ni resepi ayam perap kami.. resepi ikut sedap tangan.
Bahan tumbuk hancur>>bawang merah, Bawang putih, Halia, Jintan putih n garam
Bahan
lain>>>Sos lada hitam ,Sos cili, Kicap
Campu
r je semua bahan ni gaul sebati kemudian gaulkan kat ayam sampai rasa serasi.
perap semalamam . simpan dalam peti sejuk...
Ayam tu potong nipis2 sikit. Jangan tebal.. nanti lmbat masak
![]() |
| bukan main susah nak buat bara |
Pemangang, lighter dan arang semua bawa sekali..
Sampai sana kami cari port best punya atas batu hampar yang besar.. airnya memang menguja tapi tak bawa baju extra & lagipun ramai sangat jejaka hemsem.. airnya cukup mengoda sejuk n kehijauan.. huih.. datang le sendri.. cantik.. sayangnya kali ni tak amik gmbar banyak untuk di kongsi..
Dah sampai
nak mula la proses nk bbq.. kami ni semua pakat tak reti nak nyalakan arang.
kalau aku buat bakar-bakar ni selalu guna sabut nyok(kelapa) senang lekat api n
jadi bara. lama juga la duk usaha nyalakn api. banyak dah surat khabar dibakar. kemudian
terbit idea guna keropok kentang. mujur kakteh bawa. memang menyala.. tapi banyak
juga la kena labur kat dalm api tu nk bagi arang tu terbakar….
Tips:- untuk mudahklan nyalakan api arang nanti
sila bawa sekali BRIKET..
![]() |
| briket |
Dah elok cantik semua mulalah kami membakar ayam
sosej .. sambil bakar sambil makan.. yum.. yumm.. memang sedap.. terung tu
belah n gaulkan garam kunyit.. memang sedap.. aku n kakteh je makan.. aku
memang hantu terung..![]() |
| jemput makan |
Tgh duk bakar tu. tiba2 angin kuat rsa nak hujan
ja. sekajap rintik. sekajap panas. nasib baik xlebat. siap berpayung lagi kami kat
atas batu sebab tak nak api kami terpadam dek hujan rintik2.. memang
memalukan.. hihi
Lpas sudah mkn semua.. kami p tree top walk pula
..masuk rm10.. aku je tak pernah masuk lagi.. yang len depa dah try. depa tak
nak masuk aku pun tak masuk juga . amik gmbar luar je. banyak lagi kawasan yang
tak diterokai kat sedim ni sebab duk sibuk bbq.. pastu cari surau tak jumpa..
kami pun kuar le cari masjid. lagipun petang tu aku pula nak balik rumah..jadi
kami balik awal..

Lepas ni nak p lagi n nak mandi puas2.







No comments:
Post a Comment