Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran
Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan
ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia
berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata
tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum
itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan
pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada
yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada
yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum
kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan...
Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah
1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan
'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan.
Naqiyudin
Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan
menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai
cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata
Naqiyudin Bilboa itu.
"Ibu
saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang
ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran
ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba
hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas
menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde
apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum
senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi
panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya
menahan sabar.
"Cikgu,
izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar
tadi?" Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif,
kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual
kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh
dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
"Bukan
apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita.
Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang
usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." Terbeliak mata Cikgu Yong
mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu.
Sharifudin
Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam
tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu
mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
"Oh
ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi,
tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian
bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap
hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi,
tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku
belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak
belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan
hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi
setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar
pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah
dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi
setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di
dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan
aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah
aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan
semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan
kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk
cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??" Tergamam Cikgu Yong.
Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air
mata.
*** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup
tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh'
kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri
sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup
berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian
selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh'
kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si
anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana
risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang
ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan
perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh'
kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan
kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang
ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu
melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada
pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu
tetap berada di bawah telapak kakinya***
Terkesima
seketika.. seorang budak boleh memhami keperitan seibunya.. berapa orang sgt
boleh mengerti n menghargai keperitan dan pengorbanan ibu dan ayahnya.. kenapa
kita nk bandingkan keluarga kita dgn mereka.. mugkin depa nmpak mewah tp depa
miskin dari segi masa.. mungkin depa nmpak dan bergaya tp kita xtau pa yg depa rsa.. setiap orang mempunyai
kehidupan yg istimewa.. xperlukan kita mentertawakn kekurangan org lain..
xperlulah mempersoalkan kenpa dia ada.. aku xda.. knpa dia dapat aku xdapat..
itu semua dh ditentukan.. janji kita berusaha n tawakal

No comments:
Post a Comment