Pastikan
Anda Mandi Wajib Dengan Betul
Telah dipastikan
bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya
kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog
masing-masing...
Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg
betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan
mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya
mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais
Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas
kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi
wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas
beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang
juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat
islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya.
Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3
perkara:-
Pertama, niat.
Kedua ,
menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan
air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib
Junub
atau janabah: “Sahaja
aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Haid:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid
kerana Allah Taala.”
Nifas:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas
kerana Allah Taala”
Niat itu di dalam
hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota
badan.
Niat itu jika
dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh
salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh
itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun
mandi wajib yang ke2, iaitu
menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut
Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis
itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis
dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun
mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang
atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2
dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,
jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan
khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang RAMBUT YG DIWARNAKAN PULA SELAIN INAI,
inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, MANDI WAJIB
SESEORANG ITU TIDAK SAH. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan
pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna
pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya
tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang
yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak
sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,
tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal
ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan
sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah
bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza.
Dalam hal ini juga,
sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah
saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi,
ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2
seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya
terdiri daripada 6 sebab:-
3
sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu
·
bersetubuh walaupun
tidak keluar air mani
·
keluar air mani
·
mati.
3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu:-
·
haid
·
nifas
·
melahirkan
anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh
dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip,
sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka
tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh
pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib,
seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



No comments:
Post a Comment